Tarian Ngajat Tradisional.
Asalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua. Nama saya Mahathir Bin Abdul Majid bernombor id IDA20-07-006 ialah seorang pelajar dari jurusan Diploma In Accounting Kolej Profesional MARA Indera Mahkota. Pertama sekali, tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk menyelesaikan sebahagian daripada tugasan saya berkenaan subjek Kelab Persembahan (KQK 1071) berkenaan kajian saya tentang Tarian Ngajat Tradisional. Dikesempatan ini, saya akan menyertakan beberapa maklumat tentang Tarian Ngajat ini. Antaranya ialah slide, poster dan juga video pendek berkenaan Tarian Ngajat Tradisional.
Pendahuluan
Tarian Ngajat atau Tarian Norek sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Berikut saya menyediakan slide ringkas berkenaan Tarian Ngajat.
Seterusnya, melalui subjek ini juga saya ditugaskan untuk menyediakan satu poster berkenaan acara Tarian tersebut dia kolej saya. Berikut adalah poster yang dinyatakan:-
Selain daripada itu, disini juga saya ingin menyertakan video pendek berkenaan Tarian Ngajat Tradisional di Malaysia. Berikut merupakan link video pendek dokumentari tersebut. Selamat menonton.
Penghargaan
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn Shariha Binti Abdul Yazid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
Penutup
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mengekalkan warisan tradisi negara kita agar ianya tak ditelan dek zaman. Saya juga berharap agar kita semua sama-sama dapat memdalami dengan lebih terperinci berkenaan bukan sahaja tarian tradisional malah segala tradisi yang ada di negara kita seperti tarian, alat muzik, seni bela diri dan lain-lain lagi. Akhirulkalam, saya ingin mengundur diri dan memohon maaf seandainya ada apa-apa kekeliruan mahupun kesilapan berhubung dengan blog saya ini. Moga kita berjumpa lagi.
Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda.
Bercerai kasih, bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.